Pages

BAHASA MALAYSIA

hanadidaud.blogspot.com

Jumaat, 9 Disember 2011

soalan karangan peribahasa

"Kalau tidak dipecahkan ruyung, Manakan dapat sagunya"

Berdasarkan peribahasa diatas bina cerita

Rangka karangan

Pendahuluan

Isi

1.
2.
3.
4.
5.

Penutup

Rabu, 7 Disember 2011

contoh karangan peribahasa

Soalan Karangan

“ Berakit – rakit ke hulu, berenang – renang ke tepian, bersakit – sakit dahulu, bersenang – senang kemudian.”

Begitulah bunyi peribahasa Melayu. Tulis sebuah cerita berdasarkan cerita di atas.


Rangka Karangan

Pendahuluan

Randy – pelajar tingkatan lima – keluarga miskin – ayahnya hanya penoreh getah.

Isi – isi Penting
  •  Randy bercita – cita menjadi seorang doktor – belajar bersungguh-sungguh – terpaksa berjalan kaki sejauh 3 kilometer setiap hari untuk ke sekolah.
  • Tidak mengenal erti penat dan jemu – meminjam buku dari perpustakaan untuk rujukan – sering bertanya kepada guru.
  • Seorang pelajar yang aktif dan pintar dalam semua aktiviti persatuan dan sukan – amat disenangi oleh guru dan rakan.
  • Hari minggu menjaja kuih – untuk menambahkan pendapatan keluarga.
  • Mendapat keputusan yang cemerlang – Berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang perubatan.
  • Berjaya menjadi seorang doktor pakar dalam bidang ginekologi.
Penutup

Berjaya dalam hidup – membantu keluarga dan adik beradik yang lain.

ciri-ciri karangan yang baik

CIRI-CIRI KARANGAN YANG BAIK

1. Pemahaman terhadap tajuk mestilah tepat, iaitu segala keterangan dan penjelasan serta contoh yang diberi mestilah tidak terkeluar daripada tajuk.
2. Setiap karangan mestilah mempunyai isi yang menepati maksud atau kehendak soalan. Sebuah karangan yang baik dan menepati kehendak pemeriksa mesti mempunyai empat isi utama.
3. Pendahuluan sesebuah karangan mestilah sesuai dengan isi dan menepati tajuk serta dapat menarik pembaca untuk membaca karangan itu sehingga selesai.
4. Isi karangan mestilah dikembangkan dengan baik. Isi yang mencukupi belum tentu dapat menjadikan karangan kamu itu menarik sekiranya kamu tidak pada menghuraikan isi-isi tersebut dengan baik.
5. Untuk bahagian penutup pula, kamu hendaklah menulis suatu kesimpulan yang kemas tentang karangan yang telah kamu tuliskan itu.
6. Penggunaan tatabahasa yang betul dalam karangan dapat mempengaruhi markah karangan kamu. Oleh itu, cara kamu membentuk ayat-ayat dalam karangan mestilah berpandukan tatabahasa yang betul.
7. Karangan kamu hendaklah menggambarkan bahawa penulisnya mempunyai fikiran atau pendapat yang matang.
8. Pengolahan karangan hendaklah menarik sehingga dapat memberi kesan di hati pembaca

cara menulis karangan

TIP PENULISAN KARANGAN 
 
A. Apakah yang Perlu Dilakukan Sebelum Menulis Karangan?

1. Kamu hendaklah membaca dan memahami soalan yang diberikan.
2. Pastikan kamu memahami kehendak soalan, tajuk, dan bentuk karangan yang hendak ditulis.
3. Kegagalan kamu memahami kehendak soalan, tajuk, dan bentuk karangan yang hendak ditulis menyebabkan karangan kamu kekurangan isi dan mungkin akan terkeluar daripada tajuk.
4. Catatkan isi-isi penting yang hendak kamu tulis berdasarkan tajuk karangan.
5. Susun isi-isi penting tersebut mengikut keutamaanya; isi yang paling penting ditulis dahulu dikuti dengan isi yang kurang penting.

B. Apakah yang Perlu Dilakukan Semasa Menulis Karangan?

Karangan yang baik mestilah ada tiga bahagian utama:
i. Pendahuluan
ii. Isi
iii. Penutup

i. Pendahuluan
1. Karangan kamu hendaklah dimulakan dengan pendahuluan dalam satu perengan sahaja.
2. Pendahuluan mestilah berkaitan dengan kehendak soalan dan ada daya penarik.
3. Perenggan pendahuluan adalah mencukupi dengan dua atau tiga baris ayat sahaja.
4. Jangan masukkan isi ke dalam perenggan pendahuluan.

ii. Isi
1. Bahagian isi adalah bahagian yang terpenting dalam sesuatu karangan
2. Menurut kehendak peperiksaan, karangan kamu haruslah mempunyai empat isi utama. Setiap isi itu hendalah ditulis dalam satu perenggan yang berasingan.
3. Isi-isi penting haruslah diutamakan.
4. Kembangkan isi dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat dan cerita yangmenarik.
5. Isi adalah bahagian yang paling penting dalam sesebuah karangan. Oleh sebab itu, isi karangan kamu mestilah ditulis dengan bahasa yang menarik dan mudah difahami.
6. Isi-isi yang diceritakan haruslah berkaitan dengan soalan.
7. Jangan ceritakan isi-isi secara meleret-leret dan tidak dapat diterima oleh akal.

iii. Penutup
1. Setiap karangan haruslah mempunyai penutup
2. Penutup yang baik merupakan kesimpulan tentang apa yang telah kamu tuliskan sebelumnya.
3. Penutup juga tidak perlu ditulis dengan panjang lebar. dua atau tiga baris ayat sudah memadai untuk menulis penutup.

C. Apakah yang Perlu Dilakukan Sesudah Menulis Karangan?

1. Semak dan baca semula karangan kamu setelah selesai menulisnya.
2. Pastikan tiada isi penting yang tertinggal.
3. Cari kesilapan yang mungkin ada seperti kesalahan tatabahasa, penggunaan perkataan, ejaan dan tanda baca.
4. Betulkan setiap kesilapan tersebut.
5. Baiki tulisan yang buruk dan sukar dibaca

Jumaat, 18 November 2011

BERDASARKAN GAMBAR DIBAWAH BINA 5 AYAT


  1.  
  2.  
  3.  
  4.  
  5. 

Khamis, 3 November 2011

CATATKAN KATA NAMA KHAS YANG TERDAPAT DIDALAM CERITA UPIN DAN IPIN

KATA HUBUNG

Kata Hubung Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan.
Menurut
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239), kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang samataraf sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.Contoh:
1. Dia membuka almari lalu mengambil bajunya.
2. Roziah mendengar radio sambil menggosok baju.




Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Menurut
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239), kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama taraf sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.
Contoh:
1. Dia membuka almari lalu mengambil bajunya.
2. Roziah mendengar radio sambil menggosok baju.